<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3225955788905221907?origin\x3dhttp://lawak-kelakar.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Koleksi Kisah Cerita Lucu, Lawak & Kelakar Melayu

Blog koleksi kisah lawak, lucu, jenaka dan kelakar! :)

 

Perasmian Hospital Bahagia

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dijemput merasmikan satu majlis di Hospital Bahagia.
Sewaktu menteri itu berjalan menuju ke pentas, tiba-tiba tangannya ditarik salah seorang yang berdiri berhampiran.
Lelaki : Apa Khabar?
Menteri : Baik
Lelaki : Lu.. sapa nama ?
Menteri : Kan Ti Meng.
Lelaki : Lu keje apa?
Menteri : Menteri Kesihatan
Lelaki : (Sambil berbisik) Isyy!!!, lu jangan cakap kuat-kuat.
Menteri : Apa pasal ?
Lelaki : Dulu bila orang tanya sama gua, gua cakap nama dan kerja sama seperti lu, polis tangkap.. kasi gua masuk ini tempat sampai sekarang.

 
 

Monyet Terbuang

Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..
Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...
Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata..
"Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"
Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"
Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"
Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...
"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya. Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

 
 

Parti Perpisahan

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.


"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.


Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

 
 

Masjid Jamek

Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya,

"Kak ....Masjid Jamek berape?".

Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab,

" Masjid Jamek ade satu jek."

 
 

Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

 
 

Setem

Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah.
Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar Raja.
Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ.
Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya.
Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem.

 
 

Murid Nakal

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.
Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju.
"Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"
Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".
"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

 
 

Orang gila jadi matahari

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"

 
 

Pertandingan Keras Kepala

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

 
 

Haruan dan Anak

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok niBedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

 
 

Pelancong yang Sombong

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan...kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.
Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya.
Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh...kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.
Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.
Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..Che Mat...berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.
APA? kata pemandu teksi tadi...mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh...his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.

 
 

Cair di mulut tak cair di tangan

Cerita ni mengenai sebuah negeri Batu Selonggok diberi nama.. negeri Batu Selonggok ni merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya dan mempunyai raja yang baik hati dan bijaksana yang bernama Raja Derewa. Raja negeri ni mempunyai seorang puteri yang cantik, yang pada zaman tu tiada tandingnya lagi.
Tetapi satu masalah yang menjadi kerungsingan Raja Derewa iaitu mengenai jodoh anaknya. Masalah yang menimpa anaknya itu ialah apa saja benda yang tuan puteri sentuh ia akan cair, tak kira besi atau tembaga sekalipun. Setelah puterinya genap berusia 25 tahun Raja Derewa ingin mencarikan jodoh untuk anaknya ini.
Ramai anak raja dan rakyat tempatan yang ingin menjadikan tuan puteri isteri mereka. Raja Derewa pula tidak mengira pangkat atau darjat untuk jodoh anaknya ini. Untuk mencari suami yang betul-betul sesuai untuk anaknya ini Raja Derewa mengadakan satu syarat dimana sesiapa lelaki yang dapat membawa satu benda yang jika disentuh oleh tuan puteri benda itu tidak cair maka orang itulah yang akan berkahwin dengan tuan puteri.
Setelah mendengar perkhabaran itu berpusu-pusulah rakyat, anak raja semua untuk mengadu nasib. Ramai yang tidak berjaya. Akhirnya tinggallah 4 orang sahaja yang belum mencuba. Lelaki pertama, dia datang membawa sebatang besi yang sangat keras, lalu mempersembahkan kepada tuan puteri, apabila tuan puteri menyentuh besi itu, besi itu pun cairlah. Sampai pulak kepada peserta kedua terakhir.
Dia datang membawa sebilah pedang yang bersalut emas, apabila tuan puteri menyentuhnya pedang itupun cairlah. Datang peserta ketiga, dia membawa benda yang paling keras didunia yang mana hanya boleh dipotong oleh benda yang sama juga, iaitu batu permata.
Seperti peserta yang sebelumnya,permata itu juga cair apabila disentuh oleh tuan puteri. Sampailah kepada peserta terakhir, dimana peserta ini berjalan berlenggang tanpa membawa apa-apa barang untuk berjumpa tuan puteri.
Apabila sampai ditempat tuan puteri dia menyuruh tuan puteri memasukan tangan tuan puteri kedalam poket seluar lelaki itu. Selapas memasukkan tangannya kedalam poket seluar lelaki itu, tuan puteri berlari masuk kedalam bilik peraduannya dengan muka yang merah menahan malu.
Raja Derewa yang dalam kehairanan menyoal lelaki tu, benda apa yang disentuh oleh tuan puteri sehinggakan tuan puteri berlari masuk ke bilik peraduan dan adakah cair benda tersebut?
Lelaki tu berkata dengan bangganya' "Tidak cair Tuanku". Raja Derewa begitu takjub dan benar-benar ingin tahu apakah benda yang di bawa lelaki tu sehinggakan ia tidak boleh cair apabila dipegang tuan puteri.
Lelaki tu pun berbisik kepada Raja Derewa dan menujukkan apa benda yang tidak cair tu... "Ini dia tuanku, coklat M&M cair di mulut tidak ditangan...".
P/S: Ap yg korang pke a?hehehe

 
 

Telur ayam siapa?

Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman.

Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya"jerit Azhar.

"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar.

Mereka pun bertengkar. "Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar.

Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar.

"Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

 
 

Tertidur dalam kereta

Saodah tertidur seketika ketika berada di dalam kereta yang dipandu oleh kekasihnya lalu bermimpi. Dia bermimpi yang mereka berdua sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang Anak.

Mereka hidup aman bahagia sehinggalah Saodah mengetahui yg suaminya itu bermain kayu 3 dan mempunyai perempuan simpanan. Bereka bertengkar...

Saodah : Ooo dulu bukan main janji Sehidup semati.
Suami dia : Ala, jgn la marah Dah.

Tiba2 Saodah Mengigau lalu menjerit "HANTAR SAYA BALIK RUMAH MAK BAPAK SAYA!!!!"

Dengan selamba, kekasihnya yg masih memandu tadi berkata "Ye la, kan tiap-tiap hari saya fetch awak balik opis, nak hantar kemana lagi kalau bukan rumah mak bapak awak?"

 
 

Kelas Ekonomi

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa

Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana" "Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya "Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain" pujuk ketua pramugari.

"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya. Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut.

Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan" Jawab kapten

 
 

Perfume Special

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

 
 

23 perkara jangan dilakukan ketika memandu

Korang jangan buat mana2 salah satu dari bawah ni tau waktu driving.

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

 
 

Siapa menjumpai Austaralia?

Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ?
Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta )
Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia?
Chot : Mat, Cikgu!

 
 

Pak Pandir ke zoo

Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.
Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

 
 

Temuduga warden

Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.

Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!

 
 

Jokes - Do I Have To Be Funny To Tell Funny Jokes?

Jokes jokes and more jokes means more laughs laughs laughs. Laughter is a sure sign of jolliness, happiness and enjoyment, so if telling jokes can create emotions and atmospheres as such then why is the whole world not telling more funny jokes at every opportunity

Even in the most miserable of mundane surroundings you can bet a bottom dollar if good jokes or gags are cracked then the atmosphere changes from gloomy into a jolly ambiance.

If you are in charge of an entertainment plan for a wedding, birthday party or anniversary, then, for the celebration to be a success you will need a good script of funny jokes. Jokes are funnier if actions are applied. Remember, actions speak louder than words. If it is your choice to take the part of a stand up comedienne, then so be it. If you are afraid of making a fool of yourself on stage, then better still because the more you act the goat the laughter gets louder when the punch line is delivered.

To keep the air filled with laughter keep the jokes rolling. When telling jokes. clean or dirty, you have to bear in mind that not everyone shares the same sense of humour, meaning, seeing the funny side of things, so therefore do a little research on what you feel is appropriate for your guests. Clean jokes are just as funny as dirty jokes. People can also be easily offended and embarrassed at joke material - so this is why it is important to check out your audience first. Racist's jokes should be avoided, telling racist's jokes can be disastrous which is understandable with the world as it is today, where sadly we have more crying than laughing.

Okay back to planning what party jokes you tend to use and how to present them, once again remember, actions speak louder than words when telling jokes and so do costumes. Dressing up can have your onlooker now see your funny jokes as being hilarious. Choosing the right costume will make all the difference so be careful at this point because, no matter how funny your jokes are, your outfit can send out other signals. For example: Take coco the clown who we expect to throw buckets of water over people, topple and take tumbles, okay this is fine if you want to play funny pranks on people, however it is not often you see a stand up comedienne dressed as a clown unless telling kiddies jokes.

Comediennes are usually remembered for their jokes and how they dress. Drag queens like Lily Savage, Danny La Rue and Dame Edna Everage became famous for their false identities (opposite sex). Then we had Max Wall famous for his walk and Freddie Frinton for his role of a drunk on stage. These are just a few ideas, however the more unique you are under the spotlight may just keep you in the spotlight if you wish to make a career out of telling funny jokes.

If you selected different jokes like Irish jokes, Scottish jokes or even parrot jokes, then at your side have a case filled with assorted wigs or instruments to use; these will help make your hilarious jokes come to life.

Some people are naturally talented when telling jokes, however for those who are not and find they have been nominated to entertain need not fret. All you do is watch a video of how other entertainers perform when telling jokes. Duplicate the jesters actions by standing in front of the mirror and practice, who knows you may even laugh at yourself at this point.

If you want the event to be a success then audience participation is definitely the way forward for guaranteed laughs. When calling upon a guest to join you on stage to help out with a trick or you tend on them being on the brunt end of your joke, then you must select that person with carefully, meaning, "Can they take a joke."

Jokers Corner & Jokes http://www.jesterminute.com
Look Beautiful for any Occasion http://www.spotthepimple.com
Celebrate Special Occasions Abroad http://www.benidormbeaches.com


 
 

Koleksi kisah lucu

Assalammualaikum,
selamat datang....

Terimas la sbb dtg yer...blog ni adalah blog koleksi kisah lucu yang dikumpul dari internet untuk hiburan kita semua...

Selamat membaca :)