<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3225955788905221907?origin\x3dhttps://lawak-kelakar.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Koleksi Kisah Cerita Lucu, Lawak & Kelakar Melayu

Blog koleksi kisah lawak, lucu, jenaka dan kelakar! :)

 

Perasmian Hospital Bahagia

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dijemput merasmikan satu majlis di Hospital Bahagia.
Sewaktu menteri itu berjalan menuju ke pentas, tiba-tiba tangannya ditarik salah seorang yang berdiri berhampiran.
Lelaki : Apa Khabar?
Menteri : Baik
Lelaki : Lu.. sapa nama ?
Menteri : Kan Ti Meng.
Lelaki : Lu keje apa?
Menteri : Menteri Kesihatan
Lelaki : (Sambil berbisik) Isyy!!!, lu jangan cakap kuat-kuat.
Menteri : Apa pasal ?
Lelaki : Dulu bila orang tanya sama gua, gua cakap nama dan kerja sama seperti lu, polis tangkap.. kasi gua masuk ini tempat sampai sekarang.

 
 

Monyet Terbuang

Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..
Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...
Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata..
"Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"
Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"
Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"
Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...
"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya. Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

 
 

Parti Perpisahan

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.


"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.


Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

 
 

Masjid Jamek

Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya,

"Kak ....Masjid Jamek berape?".

Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab,

" Masjid Jamek ade satu jek."